usai kursus 5 hari di PPDHL saya merafak kesyukuran setingginya kepada Allah. Banyak input yang saya peroleh selain dapat menjalin ukhuwwah dengan kenalan baru. supaya saya tidak terlupa, saya mahu perkenalkan mereka di sini....
nurul qalbi, lahir 1982, ibu beranak 2, full breastfeed mom, guru BA sk jalan 6 bangi.
kak mazlia, lahir 1978, guru BA sk taman tasik ampang
kak mastura, lahir 1976, akhawat iskandariah, sk sri jelok
kak rushaliza, lahir 1976, ex insaniah, iskandariah mesir -1999, sk kg kuala pajam...
***********
selain dapat kenalan baru, saya juga dapat ilmu baru. saya dapat pendedahan cara-cara mengajar bahasa arab. kursus yang saya hadiri sebenarnya ialah berkenaan penyebaran bahan bahasa Arab KSSR Tahun 2 kegunaan 2012...tetapi terdapat juga penekanan terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di sekolah....
Alhamdulillah barulah saya faham... mungkin kerana itulah saya dihantar ke sini untuk mengikuti kursus. sekurang-kurangnya saya dapat perelokkan mana-mana yang cacat pada P&P yang saya sudah dan akan jalankan....
mengajar bahasa arab ni rupa-rupanya tidak dapat tidak memang terikat dengan 4 kemahiran bahasa : kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.
ya, di maktab (sekarang institut perguruan) belajar tentang kemahiran bahasa ini, tetapi saya tidak nampak hubungkaitnya dengan bahasa Arab...sementelah bahasa Arab hanya subjek minor jadi saya kurang menekankannya sangat...
tiba di sekolah saya terpaksa menghadap Bahasa Arab sebagai salah satu subjek yang perlu saya ajar....terkapai-kapailah saya.... bila dah dengar penerangan ustazah Nabilah (sk kantan permai), barulah saya faham....langkah-langkah pengajaran yang perlu mengutamakan kemahiran bahasa ini... alhamdulillah :)
*********
Pada mulanya, saya sangat keberatan untuk menghadiri kursus ini.... (saya memang lebih suka duduk di sekolah daripada keluar)... banyak sebab.... (tak perlulah disebut di sini malu hehehe)
Hadir dengan hati yang berat.... tetapi setelah mengikutinya, saya jadi seronok pula...bersyukur...
Saya perlu mengubah cara saya melihat sesuatu.... Saya perlu lebih melihat wajah positif sesuatu perkara berbanding negatifnya....agar saya dapat menerimanya dan berhadapan dengannya dengan lebih baik .... that is the lesson that i get :)