Nampaknya blog saya sudah bersawang. Akibat ditinggalkan lebih kurang 3 bulan tanpa sebarang kemaskini. Sedangkan banyak sahaja benda mahu ditulis dan dikongsi bersama...
Malam ini ada sedikit kelapangan...selepas beberapa tapak blog walking, saya menjengah 'rumah' sendiri...oohhh lama juga saya tidak masukkan apa-apa entri....
Sawang yang dah banyak ni perlu diperbaiki....
Jadi INFO TERKINI nya...
1) Nur Iman Sakinah sudah mencecah 4 bulan plus2...sudah ada macam2 aksi Alhamdulillah
2) Nur Alyaa Husna sedang menanmbah kosa kata...walaupun agak pelat sedikit tapi bersemangat nak bercakap (jangan gelak, Husna marah! Hehe)
3) Ahmad Fawwaz sudah menunjukkan progres yang baik setelah menghadiri persekolahan formal (tadika je)...mungkin bagi sesetengah pihak, hantar anak ke sekolah pada usia 4 tahun tu terlalu awal dan boleh menjadikan si anak bosan. Ada kebenaran pada pendapat ini... Tetapi bagi saya dan suami, kami telah sepakat bahawa tujuan kami sekolahkan Abang Fawwaz pada usia 4 tahun ialah sebagai satu PENDEDAHAN AWAL...
Di sekolah, anak-anak tidak sekadar belajar akademik sahaja...sebaliknya dia juga terdedah kepada pelbagai aneka aktiviti dan pengalaman...contohnya dia belajar bersosial, berkawan, bercakap dengan betul, berada dalam suasana yang ada disiplin dan peraturan, berdikari, bermain, bersaing, memperbaiki dan mengawal emosi dan macam-macam lagi...yang mana ia berlaku dalam ruang lingkup yang lebih formal dan bersama orang lain SELAIN ummi, bapak, husna dan iman....di situ dia belajar dan develop new knowledge and experience yang tidak dapat diperolehi di rumah....despite the negative part, kami bersyukur dengan perkembangan positif yang berlaku pada Abang Fawwaz...yang ketara pada kaca mata saya ialah cara Fawwaz bertutur sudah semakin baik Alhamdulillah...yang lain-lain yang masih kurang tu, sentiasa ada ruang untuk diperbaiki...
Begitulah setakat ini...