Thursday, 1 November 2012

meeting deadlines

This date ....is deadline for this task
This date...is deadline for that task
This date...is deadline for many tasks..... Astaghfirullahalazim.....meeting such many deadlines in a time???
Does it happened because i like to delay my work?
As for time being...I DONT HAVE ANY ANSWER YET.....

Ini muhasabah untuk diri sendiri. Betapa kerja bertangguh memberi impak negatif pada tuan badan. Yang pastinya, risiko untuk  kerja tidak siap pada tarikh yang diperlukan memang wujud.
Kita pula jadi stress sebab ia turut melibatkan urusan harian yang lain. Mana tidaknya, bila kerja tidak siap perlu sediakan masa untuk siapkannya....masa yang diambil ialah masa untuk kerja rumah, masa dengan ahli keluarga dan masa untuk diri sendiri.....

Kesan kerja tak siap ikut tarikh tu jangan ceritalah....pasti ada yang menunggu....

Bila difikir-fikir, deadline ada pada semua perkara. Hatta usia kita. Deadline yang lain walaupun sudah sampai janji masih ada ruang untuk ditangguhkan atau ditunda selagi ada kesempatannya.., tetapi ada deadline yang tidak boleh ditangguh-tangguh. Akan dilaksana bila sampai masanya. Akan berlaku bila tiba janjinya... Itulah ajal. Persiapan kita?
Deadline yang ini perlu difikir-fikir selalu supaya deadline dengan kerja dunia sentiasa terarah dan teratur.... Dengan hakikat yang  kita sentiasa  sedar bahawa bila tiba deadline ajal, dunia dan task nya  akan ditinggalkan either we are ready to meet the deadline or not.....

No comments:

Post a Comment