cerita rekaan :
Ain jatuh masa berlari di taman permainan. Lututnya luka sedikit dan sudah dirawat oleh Ustazah Arimah. Tapi sebab nak nampak real, ngeri dan dahsyat, Balqis telah menceritakan kepada kawan-kawan di Tadika yang Ain patah kaki, perlu disimen dan tidak boleh berjalan lagi. Hebat cerita si Balqis ni....
hehe...biasanya ini yang akan terjadi apabila kita dapat satu-satu berita...
ini kes 1 : yang sikit boleh jadi banyak...
my mom labelkan orang yang suka tokok-tambah cerita sebagai nasi tambah...
kes 2 :yang bulat boleh bertukar menjadi empat segi...
Readers pernah main modul telefon karat tak? Rasanya masa kecil-kecil dulu kita ada main permainan ni. Kita bisikkan cerita ke telinga kawan... ia akan dipindahkan dari telinga ke telinga. Orang terakhir akan memberitahu kepada semua hasil yang dia dengar. Biasanya cerita tu jarang kekal cerita yang asal. Ia akan berubah even a little bit, right?
macam-macam gangguan ada yang menyebabkan cerita berubah-ubah... kita salah dengar, kita tercicir maklumat dan macam-macam lagi... yang possible...
kes 3 : yang tiada boleh jadi ada...
kelab rekacipta (maaf ya kelab...saya pinjam nama)...simple as the sentence... yang ni paling bahaya. Somehow kategori ni masuk dalam kumpulan fitnah...mereka cerita yang tiada.... masuk kategori bohong juga ni...
Kalau kita inovasi dan rekacipta benda baru daripada bahan buangan takpelah juga. Ada manfaatnya kalau boleh digunapakai oleh ramai orang...
contohnya, botol mineral boleh jadi tabung, boleh jadi pasu bunga plastik (macam mana cara tu, kena post yang lain lah ya hihi)
dear lovely readers,
my focus is not on nasi tambah nor telefon karat...and not even the kelab rekacipta...
It is all about us apabila kita mendapat/mendengar satu-satu berita atau cerita dari seseorang. Adalah lebih baik kita selidiki terlebih dahulu berita yang kita dengar tu... Itulah yang Islam (ad-deen yang indah) ajar kepada kita...dalam Al-Quran, Allah berpesan kepada kita...
dalam surah Al-Hujurat ayat 6:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang yang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu mengenainya - sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Sahabat-sahabat, kenapa kita perlu menyelidiki dan meneliti segala berita dan perkhabaran yang diterima? Takut-takut berita yang dipindahkan daripada mulut kita ke telinga orang lain tak lebih daripada nasi tambah, telefon karat dan kelab rekacipta...Fitnah dan berbohong hanya akan menyebarkan amalan buruk dan pengaruh buruk kepada masyarakat....
And that's not good for us and our generation...
Ya Allah, peliharalah kami daripada fitnah dunia....
No comments:
Post a Comment