Sunday, 8 May 2011

Happy Mother's Day

Selamat hari ibu buat para ibu...
Jasa baktimu tidak ternilai mahalnya....
Tidak dapat dibayar dengan harga dunia....
Ibu,
Mengasuh, mendidik dan membesarkan
Menyayangi, membelai dan memberi perhatian....
Dalam marahmu ada sayang yang mendalam
Dalam kasihmu ada doa yang tak pernah padam
Dalam 'rotan'mu ada didikan  yang kau mahu kami pelajari
Ibu,
Setelah kami dewasa kau kenalkan kami dengan susah payah dunia,
Harus berusaha untuk berjaya
Selalu bermanja, dan tak mahu mencuba
akan susahkan diri sendiri, kata mu
Ibu,
Kami mahu ikan...
Tetapi kau beri kami joran
Kau ajar kami cara menangkap ikan
Supaya kami ada pengalaman
Andai kau tiada suatu hari nanti 
kami takkan kebuluran....
Ibu,
Kau membakar dirimu
Dan kau jua menyalakan anak-anakmu
Dari tapak kaki sekecil dua jari
Sehingga besar berkaki-kaki
Tapi kasih dan perhatianmu tak pernah berhenti...
Terima kasih ibu....
Ya Allah, ampunkanlah dosa kami dan ibu bapa kami.... Jua kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sewaktu kecil....

No comments:

Post a Comment