Friday 27 May 2011

salah faham @ salah maklumat @ maklumat kurang lengkap?

"Takde pun Zura!"

"Tapi Kak Wan kata dia dah masuk markah dah tadi!" Saya menjelaskan beriya-iya.

"Mana ada....Kak Wan memang dah masuk markah...tapi dalam buku rekod...." Kak Husni beritahu saya separuh ketawa...mentertawakan saya yang bersungguh-sungguh beritahu semua cikgu lain semalam, markah Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) sudah boleh di key-in dalam komputer.

Rupa-rupanya, kak wan maksudkan masuk markah dalam buku rekod bukan dalam komputer...

Hahahaha....

Salah faham atau salah maklumat?
Dua-dua pun bukan. Saya tidak salah faham kerana saya memang menerima maklumat yang jelas .
MARKAH SUDAH DIMASUKKAN.
Saya juga tidak mendapat maklumat yang salah.
Memang benar MARKAH SUDAH DIMASUKKAN.

Mungkin boleh diklasifikasikan sebagai maklumat kurang lengkap. Kerana saya tidak cuba melengkapkannya...

saya sepatutnya melangkah satu langkah lebih sedikit dengan bertanya...DI MANA MARKAH ITU SUDAH DIMASUKKAN.
Sebaliknya Tanpa selidik terlebih dahulu, saya sudah buat ANDAIAN dan KESIMPULAN sendiri, malah kesimpulan (yang belum tahu betul atau tak lagi tu?) saya sebarkan kepada orang lain.

Kesilapan ini memang biasa kita lakukan. Kita kurang selidik berita yang kita dapat. Kita sebarkan pula kepada orang lain. Tanpa berfikir akibat yang boleh berlaku....

No comments:

Post a Comment