Tuesday 8 November 2011

Ayam Goreng Berempah

 












Ayam Goreng Berempah

Bahan A
3 inci halia
4 inci lengkuas
3 butir bawang putih

Bahan B
7  ketul ayam
1 peket kecil serbuk kari
1 sudu kecil serbuk kunyit
Setengah cawan tepung beras
(jika tiada tepung beras, boleh gantikan dengan tepung jagung)
2-3 batang daun kari
1 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak masak



Langkah-langkah :
  1.  Bahan A dikisar. Tapis bahan A (ambil hampasnya sahaja  dan airnya dibuang).
  2.  Gaulkan bahan A (hampasnya) pada ayam bersama serbuk kari, serbuk kunyit, tepung beras, garam, daun kari  dan telur sehingga sebati (gambar atas).  
  3.  Perap ayam yang telah digaul antara 10 minit-30 minit (gambar bawah).
  4. Apabila minyak sudah panas, bolehlah mula menggoreng ayam.
  5. Angkat ayam goreng yang telah bertukar warna kuning keemasan


  

Ini handy manny helper...


Selamat mencuba ! Dah cuba bagitau saya ya :)
Alhamdulillah...berjaya juga upload gambar setelah cubaan berkali-kali...




No comments:

Post a Comment