Friday, 24 June 2011

Jadual baru

Ada sedikit perubahan pada jadual harian saya.
Sebelum ni, fawwaz dan husna dihantar awal,
dalam pukul 8 pagi. So hari saya akan bermula jam 8.30 pagi.

Dua tiga hari ni jadual tu ada perubahan sikit -disebabkan latihan sukan sekolah mula jam 8 pagi.Saya hantar anak2 jam 6.30-7.00 pagi. Awal daripada sebelum
ni. Walaupun masih tidur, saya angkat dan masukkan dalam kereta (lepas salinkan baju tidur
dan beri susu).

*********

Alhamdulillah...berpagi-pagi begitu nampaknya ada impak yang baik pada kami sekeluarga.
#Saya berkesempatan dengar Motivasi Pagi di IKIM.fm.
#Sarapan lebih awal.
#Tugasan di rumah bermula lebih awal.
#Saya tidaklah terlalu rushing here and there.

***********

Balik daripada kerja :
#makanan malam untuk kami dah ada.
#Saya Ada masa untuk diluangkan bersama si kecil sebelum masuk dapur semula.

Waktu tidur pula :
#mereka dah tak terlalu susah untuk tidur awal.
#Bila mereka tidur awal, kami juga dapat rehat lebih awal.
#Bangun pagi awal juga lebih mudah.
#Sudah kurang mengantuk kalau bangun awal....

Sebab itulah berpagi-pagi itu berkat...kerana ada banyak manfaat yg boleh dibuat...

Alhamdulillah ya Allah atas rahmat kasih sayang dan bantuanMu...
Apa pun... LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH....
ya Allah bantulah kami....

No comments:

Post a Comment