Tuesday, 28 June 2011

Tarik!!! Tarik!!!!

Acara tarik tali petang tadi dimulakan dengan agak dingin... Peserta perempuan rumah Jebat dah mula lemah semangat bila acara pertama mereka kalah kepada rumah Tuah.

Apabila mereka berlawan dengan Lekir, saya ambil keputusan untuk guide anchor di belakang. Bantu mereka tarik tali dengan beri arahan... Tarik! Tahan! Tarik! Tarik lagi! (mungkin skill ni tak kena lah hihi)
Alhamdulillah wakil murid perempuan tahun 3 rumah jebat dapat tempat ketiga.

Bila giliran pasukan lelaki tahun 3, saya guna pendekatan yang sama. Duduk di belakang dan guide 3 murid terakhir... Kasihan mereka.... sebab nampak agak keletihan tetapi kerana semangat hendak menang, mereka (Nabil Iqbal, Alwi dan Adam Danial)kuatkan hati, kumpul tenaga, ikut arahan dan TARIK!
Menang....kumpulan tarik tali lelaki Tahun 3 Jebat menang JUARA!!!
(saya yang gembira sakan....)
Alhamdulillah.

*******
What i learn from this kids today is... People always need guidance in their life. Petunjuk dan hidayah amat dipwrlukan agar insan sentiasa berada atas jalan yang lurus... Bila diri dibiar atau terbiar tidak dibimbing, kita mudah tersesat, terumbang-ambing dan memilih jalan yang salah....

Ya Allah...tunjukkan lah kami jalan yang benar...

No comments:

Post a Comment