Sunday, 5 June 2011

masak lemak cili api udang

semalam masak lunch masak lemak udang... seronok tengok abang makan tambah-tambah dan hirup kuah... Alhamdulillah, masakan saya dah bertambah baik dan sedap...

ini resepi emak. setakat ni, resepi emak yang paling mudah untuk saya ikuti. setakat masak untuk makan anak-anak, saya dan abang insyaAllah lepas....

MASAK LEMAK CILI API UDANG (SANTAN KOTAK)

Bahan-bahan :
bawang merah 1 1/2 biji 
cili api 10-15 biji 
kunyit 1 inci (atau lebih ikut nak kuning ke tak kuah)
serai 1 batang
daun kunyit 1 helai
asam keping 1 keping
santan 1 kotak
air
garam
gula
perasa

Cara memasak;
1. Blend bawang merah, cili api dan kunyit hidup
2. Tambah kira-kira 1 - 2 cawan air dan rebus kan bahan yang diblend tadi atas api sederhana. Masukkan juga asam keping,  serai ( yang diketuk) dan daun kunyit.
3. Kemudian masukkan udang. Letakkan garam, gula dan perasa secukup rasa
4. Apabila kuah dah menggelegak masukkan santan kotak....
5. Kacau perlahan-perlahan sehingga pecah minyak dan jangan sampai pecah santan (yang ni saya selalu tak lulus nih ish ish ish...al-kisah nak cepat masak, buka api sikit punya kuat...padahnya kuah tak cantik)

Jadi, kuah masak lemak cili api udang sudah boleh dimakan. Sayangnya saya tak dapat nak upload gambar kerana masakan sudah dimasak semalam... Maaf ya...
 Ok selamat mencuba :)
sehingga berjumpa lagi dalam Resepi Emak... hehehe

1 comment:

  1. Trima kasih atas ziarah dan jemputan. InsyaAllah nanti kami berkunjung blog tuan...

    ReplyDelete