"Abang nak tau tadi di tempat kerja, mereka dah tampal borang permohonan untuk sambung belajar di papan kenyataan. Mah ingat nak mintalah,"kata Huzaimah kepada suamiya.
"Baguslah." Jawab Halim sambil mengukir senyuman.
Di muka pintu rumah.
"Ya Allah, Khalid, Syifa', Muiz...tolong susun dulu kasut sekolah ni sebelum masuk ke dalam rumah.
Ummi tak suka tengok bersepah-sepah ni," Huzaimah sedikit melaung apabila anak-anaknya menyepahkan kasut dan berlari masuk ke dalam rumah.
Halim sekadar menjeling dengan ekor mata. Setuju dengan isterinya.
Sewaktu makan malam.
"Bil eletrik dah sampai. Abang jangan lupa bayar ya." Huzaimah.
"Hmmmm." Jawab Halim sebelum menyuap nasi ke dalam mulut.
"Bulan depan anak Mak Long nak kahwin. Dia suruh kita pakai tema hijau. Abang ada cadangan tak kat mana kita nak cari baju?" Sambung Huzaimah lagi.
"Ikut awaklah," Respon Halim.
"Ni...Syifa' punya pelajaran semakin merosotlah sekarang. Khalid pula asyiiiikkk main game. Nasiblah si Muiz tak terikut-ikut sama. Risau saya dibuatnya....Peperiksaan Akhir Tahun dah dekat. Walau pun diorang cuma sekolah rendah tapi 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'." Suara Huzaimah lagi sambil mencuci pinggan. Halim senyap sahaja. Huzaimah tak puas hati.
"Abang...." sambil menoleh ke arah Halim minta respon. Senyap. Tak putus asa lagi dan sambung lagi percakapannya."Masa mereka buat kerja sekolah kejap lagi abang tengoklah....abang tengok tau....Ya?"
"Okey." Pendek.
Sebelum tidur, Huzaimah melipat kain di sebelah suaminya yang sedang ralit membaca buku tentang hartanah.
"Hah....abang. Sebelum terlupa... Mah nak kongsi tazkirah kat surau siang tadi. Abang nak dengar tak?"
"Boleh juga." Jawab Halim.
"Ustaz tu cerita tentang surah al-Kahfi...tadabbur dan teliti....membuat penila......." Huzaimah menoleh ke arah bunyi kuat yang datang dari kanannya. "KROHHHHHHH." Respon Halim.
"Aik...tidur pulak." kata Huzaimah,
*mungkin begitulah situasi harian di beberapa buah rumah di tanah air...* tapi ini hanyalah cerita yang direka oleh saya......
Semasa mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah program LINUS tempoh hari, saya dengar dengan khusyuk sekali. Penyampaiannya jelas dan menarik. Mungkin apa yang disampaikan boleh dikaitkan dengan situasi di atas
Beliau ada membuat selingan dalam ceramahnya tentang kuota patah perkataan sehari bagi lelaki dan perempuan.
Memang berbeza. Bagi perempuan kuota patah perkataan sehari ialah 20,000 patah perkataan manakala hanya 10,000 sahaja bagi orang lelaki.
Sungguh pun orang perempuan dah menghabiskan beribu-ribu patah perkataan di tempat kerja, tetapi mereka masih berupaya untuk bercakap dengan banyak ketika di rumah sehingga lah sebelum tidur. Berbeza dengan lelaki katanya, kalau dah habiskan lebih kurang 9500 patah perkataan di luar atau tempat kerja, mereka kurang bercakap di rumah atau dengan ahli keluarganya.
mungkin situasi di atas boleh jadi contoh (?)
*****
Abang pun lebih banyak mendengar daripada memberi respon. Respon Abang kadang-kadang lebih bersifat kolektif (pendek dan padat. dia collect segala pendapat dan rumuskan dalam ayat yang pendek)....
Agaknya betullah kata penceramah tu. Abang dah habiskan banyak perkataan di luar rumah sebab itu abang kurang bercakap.(bagaimanapun abang tetap pendengar setia saya :-))
Saya pula hanya boleh bertahan sehingga jam 10.30malam sahaja (lebih-lebih lagi masa mengandung anak ke 3 ni). Saya cepat penat dan letih. Mungkin juga, disebabkan saya seorang guru jadi kuota 20,000 patah perkataan saya sudah hampir habis semasa di sekolah lagi dan sebelum jam 10.00 malam saya sudah kehabisan kata-kata. Makanya, saya tidur awal....
Sehinggalah suatu hari.....
Dengan mata yang kelat-kelat susah nak dibuka dan pendengaran yang dengar dan tidak saya seperti dengar suara bebelan seseorang.
"Fawwaz main baik-baik dengan Husna tu."
"Husna tak maulah kacau mainan abang. Kan Husna ada Husna punya."
"Tengok TV tu jauh-jauh. Nanti rosak mata."
"Husna, jangan sepahkan biskut tu nanti semut datang."
"Okeylah...siapa nak susu? Bapak buat..."
"Okey jom dah lewat ni. Jom tidur...Husna, Abang Fawwaz....tolong kemas dulu mainan ni masuk dalam bakul...baru naik tidur."
"Fawwaz... tu kat tepi TV ada satu. Husna, Abang Fawwazkan dah masukkan dalam bakul tu janganlah dikeluarkan.... Hah, Husna ambil teddy bear tu masukkan dalam bakul."
"Okey....jom jom ....naik atas...."
"Ish, bapak tickle korang ni karang....Jom naik!"
Ruang menjadi sunyi.
"Ummi, semua orang dah naik. Jom, naik atas," suami saya menggerak saya.
Sambil tersenyum saya menjawab," Ohhh....Zura dah tau dah mana perginya baki 1000 patah perkataan lagi......abang simpan untuk guna masa jaga Husna dan Fawwaz, kan? "
(Oleh sebab kami pernah berdiskusi tentang tajuk ini, suami saya gelak besar).
"Hahahah..... tak adalah." Jawabnya. Juga pendek.
No comments:
Post a Comment