Wednesday, 12 October 2011

Hati bukan milik kita

Segala-galanya pinjaman....
Segala-galanya bukan milik kita....
Itu hakikat. Noktah. Tiada pertikaian.


Hati yang berbolak-balik ini jua bukan milik kita.
Kasih sayang yang dirasa ini juga anugerahNya yang dipinjamkan sementara.

Aku hanya mampu berdoa kepada pemilik hati ini:
Agar kasih sayang dan cinta kita kekal di bawah lembayung rahmatNya dan perlindunganNya.
Agar hati kita dipelihara olehNya....
Agar hati ini selalu ikhlas kerana Nya....

Bagaimana risau dan gusarnya aku.... Aku harus sedar yang hati bukan milik kita...
Maka berdoa dan berharaplah kepada tuan dan pemilik segala harta di dunia...

Ya Allah, peliharalah cinta dan hati kami....

No comments:

Post a Comment