Sudah dirawat dan bertampal... Husna sudah boleh ketawa walaupun matanya semakin kuyu kerana mengantuk. Jam tepat 12.05 pagi Isnin 17 Oktober setibanya kami di rumah semula....
Ya Allah...benarlah, apa yang sudah ditentukan tidak ada siapa yang dapat mengelaknya.
Fawwaz jatuh, Husna yang luka. Asalnya Fawwaz jatuh sebab buat scuba-diving nak melompat atas kerusi. Sedang bapak sibuk nak angkat Fawwaz bangun, Husna pun sama sibuk nak tolong bapak tapi malangnya kaki Husna tersadung kaki Bapak dan terjatuh kuat. Kepalanya terkena bucu meja (yang tajam) dengan kuat sekali.... Meleleh darah mengalir.... dari kelopak mata.
Selepas itu kami bergegas ke Klinik Mediviron Prima Saujana. Dr Azhar nasihatkan kami supaya ke Hospital. Sebab luka Husna tu lebih sesuai dirawat menggunakan 'gam' daripada dijahit. Ia tidaklah terlalu besar sehingga perlu dijahit dan tidak pula terlalu kecil hingga boleh dibiarkan sahaja. Selepas itu Bapak ajak kami ke Hospital KPJ Kajang...
Nowadays, doctor has been using glue to close cuts and wound instead of stitches... Saya pun tengah study tentang glue ni... (saranan daripada Bapak) ... He loves reading untuk menghilangkan keraguan dan menambah pengetahuan... i
Saya bersyukur ia tak terlalu serius...Rabu ni ada follow-up lagi. Hope everything will be just fine... Ameen
*******
Luka yang perlu dirawat menggunakan gam ni bukanlah kes pertama. Dahulu Fawwaz pun luka di mata juga... Rasa-rasanya tahun lepas (2010)... seronok bermain dengan Alyaa Husna....lari pusing-pusing dan jatuh sendiri sebab dah pening. Kaki tersadung di tilam lalu tercampak ke penjuru kerusi...sama...berdarah... Masa itu kami tumpangkan Fawwaz di rumah emak ayah.... Fawwaz dirawat di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru...
Lengkap... Fawwaz di mata kiri. Husna di mata kanan... cukup-cukuplah luka tu.... Take care dear children....
Ummi dan Bapak ni sayang kat Abang Fawwaz dan Kak Husna... Jagalah keselamatan diri baik-baik ya anak-anak....
No comments:
Post a Comment