Sunday, 30 October 2011

Cubalah dulu.....

"Argggghhhh....macam mana nak warna ni? Tak reti....,"saya mengeluh sambil ketawa. (macam mana tu?)
Saya berhenti mewarna setakat ekor dan sirip sahaja... 90% daripada kain masih suci daripada sebarang cat...
"Ada ke ikan warna biru, Zura?" Tanya seorang kawan yang datang menjengah.
"Ada." Saya spontan. "Kat Maldives hehehe." Sambung lagi penuh yakin. Cikgu itu memandang saya macam tidak percaya.... Saya sengih sahaja.

Dalam hati saya, saya dah tak mahu sambung mewarna. Sebelum ikan ni berubah rupa...saya nak berhentilah. Atau lelongkan sahaja kain ni pada sesiapa yang sudi mewarnanya.... Buntu....Buntu...Sebenarnya saya betul-betul nak surrender....

Nak berhenti. Buka apron dan simpan kain canting tu. Saya memerhati sahaja kain yang masih putih itu.

Ketika ini saya teringatkan anak-anak murid saya yang dari kelas pemulihan. Agaknya beginilah mereka kebuntuan, tiada idea, tidak faham dan tak nampak jalan macam mana nak belajar sesuatu matapelajaran....
Dan rasa bersyukur datang di dalam hati saya kerana sepanjang saya belajar di sekolah menengah (PMR dan SPM) sehinggalah masuk universiti, saya tidak perlu mengambil subjek Pendidikan Seni (sekarang Pend Seni dan Visual)....kalau tidak mungkin saya kantoi!!!
Saya tak kreatif.
Saya tak pandai melukis.
I am not an artistic person.
Sepanjang sekolah rendah, saya selalu dapat markah rendah dalam subjek Seni.

Husna memecah lamunan saya. " Warna je Kak Zura. Jom jom warna, dah lewat dah ni."
Saya pandang Husna, betullah warna sahaja. Saya perlu mencuba. Saya tak patut putus asa di pertengahan jalan. Kalau tak boleh saya patut tanya orang yang ahli. Cikgu kan ada...

 Saya nampak Kak Ina di belakang saya.
"Kak Ina tolong saya....." Saya minta bantuan Kak Ina (guru PSV).
"Haish....dah nazak gini baru panggil akak ye?" seloroh Kak Ina.
Dengan bakat anugerah Allah, sedikit sentuhan daripada Kak Ina dan celorengan di sana dan sini ikan saya sudah menampakkan rupa semula. Ikan biru-hijau tu Kak Ina suruh tambah warna kuning dan biru.... Selesai seekor ikan.

Selesai masalah pertama. Tapi ada seekor ikan lagi.... Macam mana ni?

Cikgu Kraf Malaysia kebetulan lalu di hadapan saya dan sedang memberi tunjuk ajar beberapa orang yang sedang mewarna.
"Errr....puan, ikan lagi satu ni warna macam mana?" Mungkin ketika itu muka saya separuh meminta simpati.
Sambil tersenyum cikgu itu menghampiri saya.... "Cikgu warna ikan ni jadi clown fish lah...merah di bawah, kuning di atas, dengan ada ton oren.... bahagian ni letak hitam....," Cikgu Kraf Malaysia ni tunjukkan skill nya yang saya kagumi ... Subhanallah.... Saya tengok mudahnya dia mewarna tu macam mudahnya nak mengira matematik (bagi saya)... Saya pun mencuba....

Okeylah dipendekkan cerita (yang sebenarnya kisah mewarna-mencanting saya ni agak panjang juga. Macam nak cari jalan keluar dari hutan masa jungle tracking...ahahahhah exaggerating pula)....with 90% help from the teachers maka jadilah cantingan saya.... Alhamdulillah.... Settle......

Here we are.....Hasil daripada Bengkel Mencanting Batik



Awalnya takut....
tetapi....selepas membuang rasa give-up dan down, menyalakan semangat ingin mencuba dan berusaha, ditambah pula dengan dorongan dan bimbingan oleh guru yang sporting dan sabar...

Dan saya juga dah mengurangkan sikit kegerunan saya pada bidang Seni.... :)
 
Post ni berkaitan dengan cerita Ikan daripada Bengkel Mencanting Batik

No comments:

Post a Comment