Thursday, 27 October 2011

Kosa Kata Fawwaz - Catatan 1



Bapak : Volcano tu apa Fawwaz?
Fawwaz : Volcano......mountain pecah, bapak.

**********
Ummi : Lepas ni Dora nak pergi mana Fawwaz?
Fawwaz : River.....
Dora : we are going to the highest place....

Fawwaz : Eh, bukan river.... mountain lah ummi.

***********
Fawwaz : Eh, bapak ni cakap-cakap tu.  Tak bagi cakap ni.
Bapak : Iyer, bapak minta Fawwaz tunggu dulu. Kan bapak tengah cakap tadi.

************
Fawwaz : Hello snake and spiders. How are you?  What are you doing there?
Sambil menjenguk kepala dalam kabinet yang penuh kotak dan habuk.

************
Dengan tangan yang memegang penutup botol susu,
Fawwaz : Budak besar ummi, budak besar bapak....jom makan.... Minum air coconut ni.

Alhamdulillah.
Subhanallah.


Fawwaz sedang berkembang. Menambah perbendaharaan kata hari demi hari. Pada usia inilah, anak-anak kecil sangat fresh dalam menyimpan kosa kata yang didengarinya.... Kita perlu bercakap perkataan yang baik  di hadapannya....
Yang baik yang dituturkan maka yang baiklah yang lahir dari bibirnya.
Sekiranya apa yang  dia dengar perkataan tidak baik....maka yang  buruklah yang kita akan dengar...

Bagi saya, kita di sini tidak sekadar merujuk kepada ibu bapa sahaja tetapi masyarakat keseluruhannya... Somehow sebagai orang yang bertutur, kita perlu bertanggungjawab dengan apa yang kita tuturkan.... Bertanggungjawab dengan butir kata yang akan lahir dari lisan kita....


Anak-anak ummi dan bapak....Jadikan perkataan kita amal yang mendekatkan kita dengan Allah ya!




1 comment:

  1. Masih teringat komunkasi awal antara kita ngan fawwaz.
    Bila nak susu, dia akan cakap “dey dey dey”
    :)

    ReplyDelete