Monday 31 October 2011

Mencari idea : tips panduan pemakanan si comel

Sepagi ini saya melayari internet mencari apa-apa artikel, tips atau resepi yang boleh beri panduan kepada saya tentang panduan pemakanan anak kecil....




Memujuk anak-anak kecil untuk makan kadang-kala menjadi sesuatu yang agak mencabar (untuk saya terutamanya)...kerana bila umur mereka meningkat ke 2 tahun ke atas, anak-anak sudah pandai memilih makanan dan ada waktunya cerewet dengan makanan tertentu....

Saya menziarah beberapa blog mencari tajuk yang berkaitan, dengan memulakan fokus pencarian saya kepada panduan-panduan asas....guideline umum untuk start the journey

selepas ini ( first, kena tunggu masa free dulu),
saya merancang untuk fokuskan kepada skop yang lebih khusus dalam mencari idea dan teknik menarik minat anak-anak kecil untuk makan....

So some tips to ponder :

1) Jadikan pemakanan sihat sebagai satu amalan untuk tumbesaran kesihatan
dan kecergasan dengan memberikan:
  • Makanan dari pelbagai jenis makanan berasaskan piramid makanan.
  • Makan mengikut keperluan.
  • Lebihkan sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin.
  • Mengurangkan pemberian makanan berlemak.
  • Makanan dari sumber haiwan (daging, ikan, ketam, susu,hati, sotong dan lain-lain).
  • Mengelakkan makanan snek segera yang tidak berkhasiat dan mengandungi banyak bahan kimia


 2) Bagaimana menarik minat anak terhadap makanan?
  • Libatkan anak semasa memilih dan merancang menu.
  • Bawa anak bersama ke pasar dan mengambil peluang
  • untuk menerangkan kepentingan pelbagai jenis makanan.
  • Galakkan anak membantu semasa menyediakan makanan.
  • Hidangkan makanan yang beraneka warna dan bentuk yang kreatif.
  • Guna peralatan yang pelbagai warna dan bentuk.
  • Hidangkan makanan secara berasingan agar nampak menarik.
  • Jangan mencampur semua makanan dalam satu bekas.

3) Jadikan waktu makan saat yang menyeronokkan:
  • Elakkan memarahi anak semasa sedang menikmati makanan.
  • Jangan ugut anak untuk makan.
  • Elakkan berbincang mengenai makanan yang tidak digemari oleh
  • anak-anak.
  • Galakkan anak makan sendiri sambil dipantau oleh ibu bapa.
  • Makanlah bersama anak-anak. 

4) Petua
  • Sediakan makanan sebaik sahaja masuk waktu makan.
  • Elakkan memberi makanan ringan waktu hampir menikmati makanan.
  • Potong makanan kecil-kecil untuk memudahkan anak memakannya.
  • Beri peluang anak menikmati rasa semulajadi makanan tanpa menambah garam dan perasa.
  • Timbang berat badan anak pada setiap bulan untuk mengetahui tahap tumbesarannya supaya tidak mengalami obesiti. 
dipetik daripada website Kementerian Kesihatan Malaysia www.infosihat.gov.my

Ada beberapa blog lain yang saya singgah iaitu :
**sebenarnya, saya masukkan beberapa url di sini ialah untuk bantu saya merujuk kemudian hari....kadang-kadang mudah terlupa dan mulalah tercari-cari.....
selamat berkongsi maklumat....
kalau ada maklumat yang berguna untuk dikongsi, silalah komen dan respon... :) :) :)



4 comments:

  1. Salam,

    Adik boleh jugak cuba buat homemade pizza, kai suka tolong buat pizza, uli doh, tabur cheese, ayam or daging. Seronok buat sesama. Pizza one of his favourite food.

    Boleh jugak buat sosej gulung. Rebus sosej, lepas tu gulung dgn roti prata segera or ready made tart sheet (tak tau apa dlm BM), bakar dalam oven few mins.

    Dah try bagi haloumi bakar? Makan camtu jer pun sedap. Yummy... Luv, K.Wid

    ReplyDelete
  2. macam best idea ni...kena wat post khas dalam bahagian resepi hehehe
    (cuma sesetengah perkataan kena cari dalam kamus dulu laaa)

    ReplyDelete
  3. Ader sesaper nak cuba nasi + petai rebus + kicap utk anak dia?

    Menurut riwayatnya, bapak fawwaz kecik dulu suka menu tu.
    Tapi, jgn mare kalau nanti tilam extra “extra wangi" kalau anak-anak ngompol...

    ReplyDelete
  4. Satu keajaiban kalo fawwaz nak makan nasi dgn petai XD

    ReplyDelete